Maklumat Ringkas PDF Print E-mail

PENGENALAN

Tapak Intelek ditubuhkan pada 15 Oktober 1998 yang beralamat di Tingkat 10, Menara Institut Profesional Baitulmal, Lot 1363 Jalan Perkasa, Off Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

OBJEKTIF

  • Menguruskan aktiviti-aktiviti pendidikan di peringkat pertengahan dan tertiary, khususnya Program Pendidikan Jarak Jauh ( PJJ / Distance Education ) di peringkat Bacelor / Sarjana Muda.
  • Turut terlibat dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pendidikan formal dan pendidikan tidak formal di mana-mana peringkat yang bersesuaian dengan falsafah dan hasrat negara.

NOTA PENTING

  • Yuran pengajian serta yuran-yuran yang lain adalah dibayar terus oleh pelajar kepada pihak UPM.

  • Semua soalan peperiksaan adalah disediakan dan diperiksa oleh pihak UPM.

  • Semua tutor adalah dilantik oleh pihak UPM

  • Pengawas peperiksaan adalah disediakan oleh pihak Tapak Intelek dengan mendapat kelulusan dari pihak UPM serta IDEAL. Pihak UPM akan menyelia segala urusan yang berkaitan dengan peperiksaan.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAP

  1. Menyediakan pusat pembelajaran bagu menjalakan sesi-sesi tutorial yang ditentukan oleh pihak Universiti termasuk makmal komputer apabila diperlukan.

  2. Menyediakan alatan pandang dengar (AVA) bagi menjalakan tutorial.

  3. Menyediakan penyelia bagi menyelaraskan kerja serta tugas-tugas yang dinyatakan di sini, di setiap pusat pembelajaran yang ada.

  4. Mengatur jadual tutorial di pusat-pusat pembelajaran dari minggu ke minggu bagi sesi pengajian berkenaan.

  5. Menyediakan rekod KEHADIRAN PELAJAR di sesi sesi tutorial yang dijalankan

  6. Menghubungi tutor dan pelajar / wakil pelajar apabila diperlukan bagi melicinkan perjalanan tutorial, modul, tugasan, peperiksaan, pendaftaran serta lain-lain tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran dan juga yang berkaitan dengan IDEAL.

  7. Mengedar modul dan juga bahan-bahan pembelajaran serta lain-lain maklumat seperti tugasan, keputusan, peperiksaan dan lain-lain untuk diedarkan kepada para pelajar serta tutor. ( diterima daripada IDEAL ).

  8. Menerima serahan TUGASAN daripada pelajar mengikut tarikh-tarikh yang tertentu, mengumpulkan dan merekodkannya serta membuat penyerahan kepada pihak IDEAL untuk disampaikan kepada pensyarah yang berkenaan. Sistem serahan ini semuanya direkodkan di ketiga-tiga peringkat penyerahan / penerimaan ini.

  9. Menyediakan tempat atau dewan peperiksaan serta mentadbirkan perjalanan Peperiksaan Pertengahan Semester dan Peperiksaan Akhir Semester bagi setiap semester.( Sila rujuk pada bahagian peperiksaan )

  10. Membantu pihak IDEAL semasa pendaftaran pelajar-pelajar baru dan juga pelajar-pelajar lama pada setiap pembukaan semester baru.

  11. Membantu IDEAL bagi menjalankan kerja-kerja promosi dengan mengadakan taklimat / priview dari masa ke semasa atau mengadakan iklan di akhbar-akhbar tempatan.

KAKITANGAN TAPAK INTELEK

  •  
    • En. Nik Ismail bin Wan Ahmad
      Pengarah Eksekutif
      h/p : 012-3057487
    • En. Nik Muhammad Rizal bin Nik Ismail
      Pengurus
    • h/p : 012-6640241
    • Wan Muhamad Anas Bin Othman
      Pentadbir (PWKL)
      h/p : 011-33043771
    • Muhammad Najmie Bin Othman
      Pentadbir (PBSA)
      h/p: 017-4906261
    • 4 orang penyelia di pusat-pusat tutorial di Kuala Lumpur dan Selangor.

      1. Baharuzi Amri Baharudin - (013-2707445)  (PWKL)
      2. Shaipon Nazrel Nasehat - (016-2215436) (PWKL)
      3. Rafede Abd Aziz - (013-3097189) (PBSA)
      4. Muhammad Najmie (017-4906261) - (PBSA)
  • ~